Wednesday, August 18, 2010

Want to life & live like before at Seremban

Seremban, kala aku baginya umpama kerinduan dia... Yg mana aku baru bertapak, mencari rezeki & mengenal dunia sana. Mungkin kalau dibaca post ini baginya ini adalah sebuah keegoan diriku sendiri. Kerana, umpama aku adalah Sang Singa yg memerintah hutan rimba yang perlu dipatuhi semua & aku kata-kata ku dianggap benar. Tapi aku memang pasrah & sentiasa terima apa pendapatnya. Apa yang penting aku tidak mahu bergaduh dengannya, aku adalah aku & aku akan ceritakan cara jalan cerita aku.. Dan bukan aku meminta supaya dia terima.

Tapi, Seremban adalah cerita lama. Yang mempunyai seribu satu kenangan, serta yang meningalkan banyak penagajaran. Aku banyak belajar lagi dari kehidupan Seremban. Kini aku selalu & terlalu merinduikan dia. Mungkin juga kini baru aku merasa macam mana yang dia katakan rindu & apa itu rindu, walaupon keadaan & tahap rindu kami berbeda & tak dapat diukur banding dengan dia waktu itu. Aku tetap rindu dia. Waktu aku alpa dengan dunia & kelihatan melalaikan dia & dimana dia memerlukan aku. Kini aku merasa kesal, dengan diriku sendiri.

Kini aku pulang ke Shah Alam, dimana tempat kami mula bertentang mata. Walaupon sebelum Shah Alam, kami berbual hanya secara online. Kalau dikenang, macam-macam perasaan yang akan timbul.. Tapi aku memang seronok mengenalinya. Lagi-lagi kalau dikenang semasa sebelum menjalin cinta. Memberi bantuan dikala dia memerlukan, memberi sokongan dikala dia mempunyai bebanan. Kerana aku sentiasa mengharap aku mampu menjadi umpama pokok yg rimbun & rendang. Memberi keselesaan pada dia dikala panas terik atau perlindungan ketika hujan. Aku cuba yang termampu.

Dari masa ke semasa, memang kadang-kadang aku masih leka & alpa, lalai tentang dirinya. Mungkin sebab aku fikir dia memang adalah milikku. Dan dia kerap disampingku. Tapi lupa tentang hati & perasaannya yang dia juga seorang manusia yang sentiasa perlukan perhatian & hendakkan kasih sayang. Aku kerap sibuk dengan kerja ku, masa lapang ku diisi dengan sukan hingga lewat siang. Masa cuti ku dipenuhkan kerja luar yang menyingkatkan waktu kami berdua keluar bersama. Waktu bersama kami aku sentiasa penuhkan dengan cerita masalah kerja ku. Dan aku sering memaksa dia memahami kerja & kesibukan aku. Walhal, semua itu boleh diluangkan, dikurangkan & digunakan untuk bersama dia.

Kini dia jauh dariku, walaupon dia masih milik ku. Tapi aku sangat rimdu, rindu dgn suara dia yang mana waktu aku jauh di Seremban dahulu telefon ku akan berdering di waktu malam, untuk bertanya khabar ku. Tapi aku sering singkatkan dengan alasan keletihan & mahu berehat serta alasan-alasan lain. Aku rindu dgn suara dia mengadu, tak kira samada tentang keadaan kesihatan dia atau kehidupan dia dikala kami berjauhan... Aku rindu dengan mesej-mesej ringkas sayang dia, dimana aku sentiasa lewat balas kerana menganggap remeh & terlampau pentingkan kerja. Aku kesal, sebab aku terlampau lurus memberi jawpan yg mana diwaktu itu dia memerlukan perhatian & kasih sayang aku yang dianggap kekasih.

Kini juga aku telah terima, kerinduan yang sangat menggunung. Dimana, tidak ada lagi panggilan telefon bertanyakan khabar & selamat malam setiap malam seperti dulu. Tiada lagi mesej-mesej sayang & yang kedengaran manja setiap pagi atau perbualan harian kami seperti dulu. Tidak lagi aduan atau rintihan yang mana dia sendiri sudah mengagak jawapan apa yang akan dia terima dari aku. Mungkin ini yang sesuai aku rasa atas apa yang dia pernah rasa. Aku mahu hidup & pulang dikala aku di Seremban dulu. Membalikkan masa & membetulkan keadaan seperti dulu. Walaupon aku hidup seorang yang sulit pada waktu itu & bukan hidup segampang pada waktu sekarang.


Esok 19hb August 2010, jam 7.30 pagi bermulalah perjalananku untuk berangkat ke Jakarta.. Aku akan bertambah-tambah merindui suara mu selama 4 hari aku disana. Sangat merindui mesej mu sewaktu 4 hari berjauhan disana. Sentiasa merindui mu. Sangat merindui mu. Rindu sangat dengan kamu..

**Miss U**

Wednesday, August 11, 2010

Soul Of Capricorn: Manusia Oh Manusia..

Soul Of Capricorn: Manusia Oh Manusia..: "Susah aku nak tafsirkan & cerita mcm mana aku hargai sebuah perhubungan tak kira sahabat atau pon lbh dari situ.. Macam-macam cara tak kira ..."

Manusia Oh Manusia..

Susah aku nak tafsirkan & cerita mcm mana aku hargai sebuah perhubungan tak kira sahabat atau pon lbh dari situ.. Macam-macam cara tak kira mcm mn pon... Yg aku blh bantu aku bantu... Aku suka berkawan tapi aku x suka bila wujud pertikaman dari belakan... Aku adalah manusia, kau pon sama. Aku ada hati, perasaan, akal & sifat2 yg lain. Kau juga pon sama. Tapi aku pon x faham kenapa perilaku & fikiran antara ko & aku x blh diselaraskan. Sebelum kau, aku dah kena sekali... Kau sendiri nampak & tau ceritanya.. Sekarang kau plk yg buat apa yg aku pernah rasa...

Jasad aku 1, tapi kenapa korng nak msk kan diri korang dalam diri aku. Kenapa lepaskan bebanan & gandakannya pada aku & kawan lain... mana Fikiran yg diberikan yg sepatutnya kau guna untk berfikir.Ingat kawan-kawan yg ko dh kenakan xda hati & perasaan ker. Demand ikut suka hati ko, buang bila xnak & buat demand baru.. Menarik... Aku x menyesal tlng kawan, tapi aku menyesal dgn perangai kwn yg tikam belakang... Sakit ko tau x... Wlpon luka xda, kesannya ttp rasa... Baik ko racun bg aku mati jerk...

Cemburu bila dapat lebih, tapi x ukur apa yg dia dah buat. Menyampah teramat sngt aku rasa kan. Aku xtau mcm mn nak menghadap majikan aku yg juga majikan ko... Aku xtau mcm mn nak menghadap ko... Lagi 1, aku x mau tahu mcm mn ko nak menghadap aku.... Kenapa perlu ko msj aku yg ko nak jadi mcm dulu... Padahal bukan sekali ko buat & bukan sekali ko cakap. Nie aku taip balik aper yg ko msj dkt aku. Aku nak ko fahami aper yg ko msj dkt aku. Klu ko x faham sudah.

"Esk aku msk keje blk sory sbb susahkan korg smua.. Gdnite.."
11 Aug 2010 00:48

-msj aku hantar biar ko jerk yg tau-

"Aku je yg brmasalah.. Xtau la din ape nk jd dgn aku ni.. Aku xslhkan org lain
aku je yg brmasalah xtau nape. Doakan aku keje rajin k.. Gdnite"
11 Aug 2010 00:51