Wednesday, August 18, 2010

Want to life & live like before at Seremban

Seremban, kala aku baginya umpama kerinduan dia... Yg mana aku baru bertapak, mencari rezeki & mengenal dunia sana. Mungkin kalau dibaca post ini baginya ini adalah sebuah keegoan diriku sendiri. Kerana, umpama aku adalah Sang Singa yg memerintah hutan rimba yang perlu dipatuhi semua & aku kata-kata ku dianggap benar. Tapi aku memang pasrah & sentiasa terima apa pendapatnya. Apa yang penting aku tidak mahu bergaduh dengannya, aku adalah aku & aku akan ceritakan cara jalan cerita aku.. Dan bukan aku meminta supaya dia terima.

Tapi, Seremban adalah cerita lama. Yang mempunyai seribu satu kenangan, serta yang meningalkan banyak penagajaran. Aku banyak belajar lagi dari kehidupan Seremban. Kini aku selalu & terlalu merinduikan dia. Mungkin juga kini baru aku merasa macam mana yang dia katakan rindu & apa itu rindu, walaupon keadaan & tahap rindu kami berbeda & tak dapat diukur banding dengan dia waktu itu. Aku tetap rindu dia. Waktu aku alpa dengan dunia & kelihatan melalaikan dia & dimana dia memerlukan aku. Kini aku merasa kesal, dengan diriku sendiri.

Kini aku pulang ke Shah Alam, dimana tempat kami mula bertentang mata. Walaupon sebelum Shah Alam, kami berbual hanya secara online. Kalau dikenang, macam-macam perasaan yang akan timbul.. Tapi aku memang seronok mengenalinya. Lagi-lagi kalau dikenang semasa sebelum menjalin cinta. Memberi bantuan dikala dia memerlukan, memberi sokongan dikala dia mempunyai bebanan. Kerana aku sentiasa mengharap aku mampu menjadi umpama pokok yg rimbun & rendang. Memberi keselesaan pada dia dikala panas terik atau perlindungan ketika hujan. Aku cuba yang termampu.

Dari masa ke semasa, memang kadang-kadang aku masih leka & alpa, lalai tentang dirinya. Mungkin sebab aku fikir dia memang adalah milikku. Dan dia kerap disampingku. Tapi lupa tentang hati & perasaannya yang dia juga seorang manusia yang sentiasa perlukan perhatian & hendakkan kasih sayang. Aku kerap sibuk dengan kerja ku, masa lapang ku diisi dengan sukan hingga lewat siang. Masa cuti ku dipenuhkan kerja luar yang menyingkatkan waktu kami berdua keluar bersama. Waktu bersama kami aku sentiasa penuhkan dengan cerita masalah kerja ku. Dan aku sering memaksa dia memahami kerja & kesibukan aku. Walhal, semua itu boleh diluangkan, dikurangkan & digunakan untuk bersama dia.

Kini dia jauh dariku, walaupon dia masih milik ku. Tapi aku sangat rimdu, rindu dgn suara dia yang mana waktu aku jauh di Seremban dahulu telefon ku akan berdering di waktu malam, untuk bertanya khabar ku. Tapi aku sering singkatkan dengan alasan keletihan & mahu berehat serta alasan-alasan lain. Aku rindu dgn suara dia mengadu, tak kira samada tentang keadaan kesihatan dia atau kehidupan dia dikala kami berjauhan... Aku rindu dengan mesej-mesej ringkas sayang dia, dimana aku sentiasa lewat balas kerana menganggap remeh & terlampau pentingkan kerja. Aku kesal, sebab aku terlampau lurus memberi jawpan yg mana diwaktu itu dia memerlukan perhatian & kasih sayang aku yang dianggap kekasih.

Kini juga aku telah terima, kerinduan yang sangat menggunung. Dimana, tidak ada lagi panggilan telefon bertanyakan khabar & selamat malam setiap malam seperti dulu. Tiada lagi mesej-mesej sayang & yang kedengaran manja setiap pagi atau perbualan harian kami seperti dulu. Tidak lagi aduan atau rintihan yang mana dia sendiri sudah mengagak jawapan apa yang akan dia terima dari aku. Mungkin ini yang sesuai aku rasa atas apa yang dia pernah rasa. Aku mahu hidup & pulang dikala aku di Seremban dulu. Membalikkan masa & membetulkan keadaan seperti dulu. Walaupon aku hidup seorang yang sulit pada waktu itu & bukan hidup segampang pada waktu sekarang.


Esok 19hb August 2010, jam 7.30 pagi bermulalah perjalananku untuk berangkat ke Jakarta.. Aku akan bertambah-tambah merindui suara mu selama 4 hari aku disana. Sangat merindui mesej mu sewaktu 4 hari berjauhan disana. Sentiasa merindui mu. Sangat merindui mu. Rindu sangat dengan kamu..

**Miss U**

Wednesday, August 11, 2010

Soul Of Capricorn: Manusia Oh Manusia..

Soul Of Capricorn: Manusia Oh Manusia..: "Susah aku nak tafsirkan & cerita mcm mana aku hargai sebuah perhubungan tak kira sahabat atau pon lbh dari situ.. Macam-macam cara tak kira ..."

Manusia Oh Manusia..

Susah aku nak tafsirkan & cerita mcm mana aku hargai sebuah perhubungan tak kira sahabat atau pon lbh dari situ.. Macam-macam cara tak kira mcm mn pon... Yg aku blh bantu aku bantu... Aku suka berkawan tapi aku x suka bila wujud pertikaman dari belakan... Aku adalah manusia, kau pon sama. Aku ada hati, perasaan, akal & sifat2 yg lain. Kau juga pon sama. Tapi aku pon x faham kenapa perilaku & fikiran antara ko & aku x blh diselaraskan. Sebelum kau, aku dah kena sekali... Kau sendiri nampak & tau ceritanya.. Sekarang kau plk yg buat apa yg aku pernah rasa...

Jasad aku 1, tapi kenapa korng nak msk kan diri korang dalam diri aku. Kenapa lepaskan bebanan & gandakannya pada aku & kawan lain... mana Fikiran yg diberikan yg sepatutnya kau guna untk berfikir.Ingat kawan-kawan yg ko dh kenakan xda hati & perasaan ker. Demand ikut suka hati ko, buang bila xnak & buat demand baru.. Menarik... Aku x menyesal tlng kawan, tapi aku menyesal dgn perangai kwn yg tikam belakang... Sakit ko tau x... Wlpon luka xda, kesannya ttp rasa... Baik ko racun bg aku mati jerk...

Cemburu bila dapat lebih, tapi x ukur apa yg dia dah buat. Menyampah teramat sngt aku rasa kan. Aku xtau mcm mn nak menghadap majikan aku yg juga majikan ko... Aku xtau mcm mn nak menghadap ko... Lagi 1, aku x mau tahu mcm mn ko nak menghadap aku.... Kenapa perlu ko msj aku yg ko nak jadi mcm dulu... Padahal bukan sekali ko buat & bukan sekali ko cakap. Nie aku taip balik aper yg ko msj dkt aku. Aku nak ko fahami aper yg ko msj dkt aku. Klu ko x faham sudah.

"Esk aku msk keje blk sory sbb susahkan korg smua.. Gdnite.."
11 Aug 2010 00:48

-msj aku hantar biar ko jerk yg tau-

"Aku je yg brmasalah.. Xtau la din ape nk jd dgn aku ni.. Aku xslhkan org lain
aku je yg brmasalah xtau nape. Doakan aku keje rajin k.. Gdnite"
11 Aug 2010 00:51

Friday, July 23, 2010

Double 2 in 1

Bila tgk cerita A-Team, buat aku teringat sambutan birthday housemate aku yg sngt bermakna... Bukan apa, teringan pepatah dlm cerita 2, " No plan B". Jadi, must go on walaupon apa terjadi.... Jalan cerita & plan nyer mudah jerk...  Bwk dia p makan, budget time & suprise... Hehehehe.... Tapi apa pon mmg kita manusia, & bukan mcm dlm movie. Semua nak kena jadi mcm yg kita rancang... Biarlah kita yg merancang saja..Klu ketentuan sampai, kira dah bagus... Klu x sampai, kena usaha jalan lain... 

Malam tadi sepatutnya, aku nak bawak dia ke Restoran Tasik Indah. Tempat kegemaran aku klu p makan, & tempat yg aku suka bwk kawan-kawan aku p makan... Tempat makan 2 mmg best bagi aku... Tapi, rezeki x menyebelahi kami... Datang & sampai, mmg ngam2 dia dh start close... Waaaaaa.... Mula-mula buntu jugak... X tau nak bwk p makan mana, jalan sambil fikir.... Teringatlah 1 tempat makan nie.. Unik & nice... Restoran K3K Benta Kaya dkt ss15 Subang Jaya... Menu dia pon blh tahan, rasa masakan dia pon sedap... Must try bagi siapa-siapa yg try cari suasana yg berbeza & tenang...


 Mesti cuba: 3 in 1 Layer
Peanut, Blueberry & Kaya

Cordon Blue Chicken.. Sedap...
Dalam lapisan ayam tue ada keju. Rasa ayamnya mmg segar
macam baru disembelih... Hehehe...

Mcm biasa, for healty life & body, Arejik order Apple Juice..
Mmg KawWww.... Makanan santapan malam tue, Nasi Lemak Normal... Hehehehe...
Nasi Lemak Normal...??? Bahan-bahan: Nasi yg berlemak & telah dimasak dgn santan, ikan bilis terpilih yg telah digoreng, telur rebus separuh, sambal merah & jeruk betik..
Jeruk betik....????

Sesi melantak santapan diambang 23 tahun. Jom makan-makan.. Hehehe...


Peringkat pertama dah berjaya. Wlpon kena ada perubahan... Sori yerk Arejik, kena ubah last-last minute... Hehehehe.... Tiba lah masa hantar dia balik ke bilik sewa dia area Pandan Jaya... Dalam pengiraan & kebiasaan perjalanan ke cna... Hehehehe.... Plan lari 6 minit lewat kerana kesesakan di beberapa tempat ( nasib baik 6 minit jerk..). Sampai cna dalam pkl 12.06am.... So, apa lagi.... Stage last.... Suprise.....

Guess..... Guesss.... Guessss...... Hehehehehe.... Klr lah Kek yg bertemakan kemerah-merahan... Warna utama dalam kehidupan dia sepanjang aku knl dgn dia ( Thanks Cik Miza atas kek yg disediakan... Sapa2 nak order aku blh bagi link dkt blog dia... Kek dia mmg menarik....). selepas aku serahkan apa yg patut diserahkan... Aku rasa puas hati... X lagi macam tahun lepas... Hehehehe.... Tapi sambutan nie, jadi 2 in 1 (Belated 22nd & Birthday 23rd disambut sekali & lagi satu yg 2 in 1, dia sj yg tahu... Hahahaha..).... Hehehehe... Sori lagi sekali yerk Arejik... Apa pon, happy birthday. Semoga, apa yg apa yg dulu akan digunakan jadi teladan & sempadan untk yg sekarang & akan datang... Semoga bertambah murah rezeki lagi happy-happy selalu. Semoga diberi kesihatan & kekuatan selalu...


Happy Birthday 23rd... Wish u all the best..


Wednesday, July 21, 2010

Hehehehehe...... Hari nie dalam langkah terakhir....


Walaupon plan agak lari, ada jugak janji yg x dapat ditepati... Tapi aku mmg manusia biasa, cuma terus berusaha memenuhi apa yg aku rasa patut walaupon ada yg mempersoalankan patut atau tidak... Tapi Itu semua aku tolak ketepi saja.. Sebabnya, senang jerk. Aku perlu & aku ada pendirian aku sendiri. Macam mana nak buat sambutan atas kawan-kawan atau pon orang yang aku sayang.. Huhuhu.... Banyak rancangan yang aku kena ubah, macam blog aku nie... Ada beberapa benda yang aku patut buat tapi x kesampaian ( Jerul, simpan rahsia yerk. Hehehehehe.....). Kek aku pon kena ubah last-last minute, sb krisis masa org yang nak buat 2. Jadi kena interaksi dgn penempa kek baru dari jauh jerk dalam masa yg singkat... Huhuhu.... Tapi yg penting, tema kek x lari... Just lakaran nie simpan untuk tahun depan jerk yerk. Hehehehe.... Apa pon, hope malam nie akan gempak.... Kek on the way datang... Thanks Cik Miza, atas usaha Cik Miza... Bagi org yang nak disambut kelahiran dia malam nie, sedia untuk kejutan... Hahahahaha....

Thursday, July 15, 2010

Runsing Sebab Pelik...???

Aku xtau nak mulakan cerita mcm mn.... Tapi apa yg aku tulis nie mengalir dari hati terus ke jari-jemari.... Jadi aku terus jer tekan papan kekunci (keyboard) nie.... Bukan apa, aku pelik campur runsing... Aku xdpt rs, macam mn yg dikatakan cinta. Seperti wkt kali pertama mengikat janji tali perkasihan.

" diriku ini adalah hadiah untuk mu "
11-Januari-2008

" aku adalah penjaga mu, aku rela lepaskan klu ada org yg mampu berikan kebahagian & mampu menjaga mu sebaik atau lebih baik dari aku. Klu itu keputusan mu "
12-Feb-2008

Semuanya rasa nak berkongsi & setiap hari mmg terasa indah... Mungkin dimamah masa & terlampau bnyk rasa indah sebelum nie... Aku jadi kuat menilai dia.. Mungkin juga sifat nakal ku yang menjadi-jadi sebelum ini, jadikan dia rs berubah hati. Aku x salah kan dia, sb bg aku mmg aku tau sifat ku. Dan aku tau aku buat salah... tapi, dia pon manusia.. Dia pon ada buat kesalahan yg nyata... Atas dasar diriku yg berpegang pada dasar, " nilai diri sendiri sebelum kita nak menilai diri org lain". Sb 2 lah aku tak pernah rasa nak salah kan dia... Cuma yang aku nak smpikan, aku manusia,  ada hati & perasaan. Kau pon sama, ada hati & perasaan. Kita sama & sempurna.. Ada mata, otak yang dianugerahkan untk berfikir & segalanya yg dikatakan sifat sempurna seorang manusia.. Mulanya, aku tak rasa nak sampaikan dalam bentuk tulisan seperti. Tapi, aku pon x mampu nak bentuk ayat dari mulut ku, dan lafaz satu persatu sehingga habis apa yg terbuku... Sebabnya, aku xmau kehilangan mu. Kau anugerah untk ku, aku gembira wlpon satu masa dulu aku seperti mengabaikan mu @ menduakan mu... Ketahui lah... Hati ini hanya ada kamu... Masa yg panjang kita, aku nilai dari masa ke semasa... Kata-kata mu blh jadi penawar keletihan mu. Wlpon kadang-kadang kata-kata mu juga menusuk hati ku. Tapi, aku cuma mampu berfikir mungkin itu cara mu.. Biar lah hati jadi peti simpanan, semoga cepat bertukar menjadi debu... Bila dibuka peti itu,ditiup angin. Biarkanlah dia hilang lah dari hati nie dgn sendiri.

Tapi, aku cuma mengharapkan. Nilai lah hatiku. Nilailah diriku. Ukurkan aku yg dulu dgn yg sekarang. Klu aku x sesuai & masih buruk seperti dulu.. Berikan lah aku pertunjuk, semoga kita blh jadi bahagia. Seperti yg kita impikan. Sebahagia cinta Laila & Majnun atauehebat cerita cinta yg kita selalu bayangkan & idamkan... Cuma, aku pon manusia. Tgk lah dalam hati ku. Tapi yang pasti, kau cinta pertama ku & kau ada tempat dihati ku...

P/s: Ikrar & janji sebelah atas yg ke-2 adalah cakap secara x rasmi selepas ikrar yg pertama dari mu. Tapi, aku x pasti sama ada dia terima & dia dengar.. Tapi itu ikrar & janji aku..