Wednesday, August 18, 2010

Want to life & live like before at Seremban

Seremban, kala aku baginya umpama kerinduan dia... Yg mana aku baru bertapak, mencari rezeki & mengenal dunia sana. Mungkin kalau dibaca post ini baginya ini adalah sebuah keegoan diriku sendiri. Kerana, umpama aku adalah Sang Singa yg memerintah hutan rimba yang perlu dipatuhi semua & aku kata-kata ku dianggap benar. Tapi aku memang pasrah & sentiasa terima apa pendapatnya. Apa yang penting aku tidak mahu bergaduh dengannya, aku adalah aku & aku akan ceritakan cara jalan cerita aku.. Dan bukan aku meminta supaya dia terima.

Tapi, Seremban adalah cerita lama. Yang mempunyai seribu satu kenangan, serta yang meningalkan banyak penagajaran. Aku banyak belajar lagi dari kehidupan Seremban. Kini aku selalu & terlalu merinduikan dia. Mungkin juga kini baru aku merasa macam mana yang dia katakan rindu & apa itu rindu, walaupon keadaan & tahap rindu kami berbeda & tak dapat diukur banding dengan dia waktu itu. Aku tetap rindu dia. Waktu aku alpa dengan dunia & kelihatan melalaikan dia & dimana dia memerlukan aku. Kini aku merasa kesal, dengan diriku sendiri.

Kini aku pulang ke Shah Alam, dimana tempat kami mula bertentang mata. Walaupon sebelum Shah Alam, kami berbual hanya secara online. Kalau dikenang, macam-macam perasaan yang akan timbul.. Tapi aku memang seronok mengenalinya. Lagi-lagi kalau dikenang semasa sebelum menjalin cinta. Memberi bantuan dikala dia memerlukan, memberi sokongan dikala dia mempunyai bebanan. Kerana aku sentiasa mengharap aku mampu menjadi umpama pokok yg rimbun & rendang. Memberi keselesaan pada dia dikala panas terik atau perlindungan ketika hujan. Aku cuba yang termampu.

Dari masa ke semasa, memang kadang-kadang aku masih leka & alpa, lalai tentang dirinya. Mungkin sebab aku fikir dia memang adalah milikku. Dan dia kerap disampingku. Tapi lupa tentang hati & perasaannya yang dia juga seorang manusia yang sentiasa perlukan perhatian & hendakkan kasih sayang. Aku kerap sibuk dengan kerja ku, masa lapang ku diisi dengan sukan hingga lewat siang. Masa cuti ku dipenuhkan kerja luar yang menyingkatkan waktu kami berdua keluar bersama. Waktu bersama kami aku sentiasa penuhkan dengan cerita masalah kerja ku. Dan aku sering memaksa dia memahami kerja & kesibukan aku. Walhal, semua itu boleh diluangkan, dikurangkan & digunakan untuk bersama dia.

Kini dia jauh dariku, walaupon dia masih milik ku. Tapi aku sangat rimdu, rindu dgn suara dia yang mana waktu aku jauh di Seremban dahulu telefon ku akan berdering di waktu malam, untuk bertanya khabar ku. Tapi aku sering singkatkan dengan alasan keletihan & mahu berehat serta alasan-alasan lain. Aku rindu dgn suara dia mengadu, tak kira samada tentang keadaan kesihatan dia atau kehidupan dia dikala kami berjauhan... Aku rindu dengan mesej-mesej ringkas sayang dia, dimana aku sentiasa lewat balas kerana menganggap remeh & terlampau pentingkan kerja. Aku kesal, sebab aku terlampau lurus memberi jawpan yg mana diwaktu itu dia memerlukan perhatian & kasih sayang aku yang dianggap kekasih.

Kini juga aku telah terima, kerinduan yang sangat menggunung. Dimana, tidak ada lagi panggilan telefon bertanyakan khabar & selamat malam setiap malam seperti dulu. Tiada lagi mesej-mesej sayang & yang kedengaran manja setiap pagi atau perbualan harian kami seperti dulu. Tidak lagi aduan atau rintihan yang mana dia sendiri sudah mengagak jawapan apa yang akan dia terima dari aku. Mungkin ini yang sesuai aku rasa atas apa yang dia pernah rasa. Aku mahu hidup & pulang dikala aku di Seremban dulu. Membalikkan masa & membetulkan keadaan seperti dulu. Walaupon aku hidup seorang yang sulit pada waktu itu & bukan hidup segampang pada waktu sekarang.


Esok 19hb August 2010, jam 7.30 pagi bermulalah perjalananku untuk berangkat ke Jakarta.. Aku akan bertambah-tambah merindui suara mu selama 4 hari aku disana. Sangat merindui mesej mu sewaktu 4 hari berjauhan disana. Sentiasa merindui mu. Sangat merindui mu. Rindu sangat dengan kamu..

**Miss U**

Wednesday, August 11, 2010

Soul Of Capricorn: Manusia Oh Manusia..

Soul Of Capricorn: Manusia Oh Manusia..: "Susah aku nak tafsirkan & cerita mcm mana aku hargai sebuah perhubungan tak kira sahabat atau pon lbh dari situ.. Macam-macam cara tak kira ..."

Manusia Oh Manusia..

Susah aku nak tafsirkan & cerita mcm mana aku hargai sebuah perhubungan tak kira sahabat atau pon lbh dari situ.. Macam-macam cara tak kira mcm mn pon... Yg aku blh bantu aku bantu... Aku suka berkawan tapi aku x suka bila wujud pertikaman dari belakan... Aku adalah manusia, kau pon sama. Aku ada hati, perasaan, akal & sifat2 yg lain. Kau juga pon sama. Tapi aku pon x faham kenapa perilaku & fikiran antara ko & aku x blh diselaraskan. Sebelum kau, aku dah kena sekali... Kau sendiri nampak & tau ceritanya.. Sekarang kau plk yg buat apa yg aku pernah rasa...

Jasad aku 1, tapi kenapa korng nak msk kan diri korang dalam diri aku. Kenapa lepaskan bebanan & gandakannya pada aku & kawan lain... mana Fikiran yg diberikan yg sepatutnya kau guna untk berfikir.Ingat kawan-kawan yg ko dh kenakan xda hati & perasaan ker. Demand ikut suka hati ko, buang bila xnak & buat demand baru.. Menarik... Aku x menyesal tlng kawan, tapi aku menyesal dgn perangai kwn yg tikam belakang... Sakit ko tau x... Wlpon luka xda, kesannya ttp rasa... Baik ko racun bg aku mati jerk...

Cemburu bila dapat lebih, tapi x ukur apa yg dia dah buat. Menyampah teramat sngt aku rasa kan. Aku xtau mcm mn nak menghadap majikan aku yg juga majikan ko... Aku xtau mcm mn nak menghadap ko... Lagi 1, aku x mau tahu mcm mn ko nak menghadap aku.... Kenapa perlu ko msj aku yg ko nak jadi mcm dulu... Padahal bukan sekali ko buat & bukan sekali ko cakap. Nie aku taip balik aper yg ko msj dkt aku. Aku nak ko fahami aper yg ko msj dkt aku. Klu ko x faham sudah.

"Esk aku msk keje blk sory sbb susahkan korg smua.. Gdnite.."
11 Aug 2010 00:48

-msj aku hantar biar ko jerk yg tau-

"Aku je yg brmasalah.. Xtau la din ape nk jd dgn aku ni.. Aku xslhkan org lain
aku je yg brmasalah xtau nape. Doakan aku keje rajin k.. Gdnite"
11 Aug 2010 00:51

Friday, July 23, 2010

Double 2 in 1

Bila tgk cerita A-Team, buat aku teringat sambutan birthday housemate aku yg sngt bermakna... Bukan apa, teringan pepatah dlm cerita 2, " No plan B". Jadi, must go on walaupon apa terjadi.... Jalan cerita & plan nyer mudah jerk...  Bwk dia p makan, budget time & suprise... Hehehehe.... Tapi apa pon mmg kita manusia, & bukan mcm dlm movie. Semua nak kena jadi mcm yg kita rancang... Biarlah kita yg merancang saja..Klu ketentuan sampai, kira dah bagus... Klu x sampai, kena usaha jalan lain... 

Malam tadi sepatutnya, aku nak bawak dia ke Restoran Tasik Indah. Tempat kegemaran aku klu p makan, & tempat yg aku suka bwk kawan-kawan aku p makan... Tempat makan 2 mmg best bagi aku... Tapi, rezeki x menyebelahi kami... Datang & sampai, mmg ngam2 dia dh start close... Waaaaaa.... Mula-mula buntu jugak... X tau nak bwk p makan mana, jalan sambil fikir.... Teringatlah 1 tempat makan nie.. Unik & nice... Restoran K3K Benta Kaya dkt ss15 Subang Jaya... Menu dia pon blh tahan, rasa masakan dia pon sedap... Must try bagi siapa-siapa yg try cari suasana yg berbeza & tenang...


 Mesti cuba: 3 in 1 Layer
Peanut, Blueberry & Kaya

Cordon Blue Chicken.. Sedap...
Dalam lapisan ayam tue ada keju. Rasa ayamnya mmg segar
macam baru disembelih... Hehehe...

Mcm biasa, for healty life & body, Arejik order Apple Juice..
Mmg KawWww.... Makanan santapan malam tue, Nasi Lemak Normal... Hehehehe...
Nasi Lemak Normal...??? Bahan-bahan: Nasi yg berlemak & telah dimasak dgn santan, ikan bilis terpilih yg telah digoreng, telur rebus separuh, sambal merah & jeruk betik..
Jeruk betik....????

Sesi melantak santapan diambang 23 tahun. Jom makan-makan.. Hehehe...


Peringkat pertama dah berjaya. Wlpon kena ada perubahan... Sori yerk Arejik, kena ubah last-last minute... Hehehehe.... Tiba lah masa hantar dia balik ke bilik sewa dia area Pandan Jaya... Dalam pengiraan & kebiasaan perjalanan ke cna... Hehehehe.... Plan lari 6 minit lewat kerana kesesakan di beberapa tempat ( nasib baik 6 minit jerk..). Sampai cna dalam pkl 12.06am.... So, apa lagi.... Stage last.... Suprise.....

Guess..... Guesss.... Guessss...... Hehehehehe.... Klr lah Kek yg bertemakan kemerah-merahan... Warna utama dalam kehidupan dia sepanjang aku knl dgn dia ( Thanks Cik Miza atas kek yg disediakan... Sapa2 nak order aku blh bagi link dkt blog dia... Kek dia mmg menarik....). selepas aku serahkan apa yg patut diserahkan... Aku rasa puas hati... X lagi macam tahun lepas... Hehehehe.... Tapi sambutan nie, jadi 2 in 1 (Belated 22nd & Birthday 23rd disambut sekali & lagi satu yg 2 in 1, dia sj yg tahu... Hahahaha..).... Hehehehe... Sori lagi sekali yerk Arejik... Apa pon, happy birthday. Semoga, apa yg apa yg dulu akan digunakan jadi teladan & sempadan untk yg sekarang & akan datang... Semoga bertambah murah rezeki lagi happy-happy selalu. Semoga diberi kesihatan & kekuatan selalu...


Happy Birthday 23rd... Wish u all the best..


Wednesday, July 21, 2010

Hehehehehe...... Hari nie dalam langkah terakhir....


Walaupon plan agak lari, ada jugak janji yg x dapat ditepati... Tapi aku mmg manusia biasa, cuma terus berusaha memenuhi apa yg aku rasa patut walaupon ada yg mempersoalankan patut atau tidak... Tapi Itu semua aku tolak ketepi saja.. Sebabnya, senang jerk. Aku perlu & aku ada pendirian aku sendiri. Macam mana nak buat sambutan atas kawan-kawan atau pon orang yang aku sayang.. Huhuhu.... Banyak rancangan yang aku kena ubah, macam blog aku nie... Ada beberapa benda yang aku patut buat tapi x kesampaian ( Jerul, simpan rahsia yerk. Hehehehehe.....). Kek aku pon kena ubah last-last minute, sb krisis masa org yang nak buat 2. Jadi kena interaksi dgn penempa kek baru dari jauh jerk dalam masa yg singkat... Huhuhu.... Tapi yg penting, tema kek x lari... Just lakaran nie simpan untuk tahun depan jerk yerk. Hehehehe.... Apa pon, hope malam nie akan gempak.... Kek on the way datang... Thanks Cik Miza, atas usaha Cik Miza... Bagi org yang nak disambut kelahiran dia malam nie, sedia untuk kejutan... Hahahahaha....

Thursday, July 15, 2010

Runsing Sebab Pelik...???

Aku xtau nak mulakan cerita mcm mn.... Tapi apa yg aku tulis nie mengalir dari hati terus ke jari-jemari.... Jadi aku terus jer tekan papan kekunci (keyboard) nie.... Bukan apa, aku pelik campur runsing... Aku xdpt rs, macam mn yg dikatakan cinta. Seperti wkt kali pertama mengikat janji tali perkasihan.

" diriku ini adalah hadiah untuk mu "
11-Januari-2008

" aku adalah penjaga mu, aku rela lepaskan klu ada org yg mampu berikan kebahagian & mampu menjaga mu sebaik atau lebih baik dari aku. Klu itu keputusan mu "
12-Feb-2008

Semuanya rasa nak berkongsi & setiap hari mmg terasa indah... Mungkin dimamah masa & terlampau bnyk rasa indah sebelum nie... Aku jadi kuat menilai dia.. Mungkin juga sifat nakal ku yang menjadi-jadi sebelum ini, jadikan dia rs berubah hati. Aku x salah kan dia, sb bg aku mmg aku tau sifat ku. Dan aku tau aku buat salah... tapi, dia pon manusia.. Dia pon ada buat kesalahan yg nyata... Atas dasar diriku yg berpegang pada dasar, " nilai diri sendiri sebelum kita nak menilai diri org lain". Sb 2 lah aku tak pernah rasa nak salah kan dia... Cuma yang aku nak smpikan, aku manusia,  ada hati & perasaan. Kau pon sama, ada hati & perasaan. Kita sama & sempurna.. Ada mata, otak yang dianugerahkan untk berfikir & segalanya yg dikatakan sifat sempurna seorang manusia.. Mulanya, aku tak rasa nak sampaikan dalam bentuk tulisan seperti. Tapi, aku pon x mampu nak bentuk ayat dari mulut ku, dan lafaz satu persatu sehingga habis apa yg terbuku... Sebabnya, aku xmau kehilangan mu. Kau anugerah untk ku, aku gembira wlpon satu masa dulu aku seperti mengabaikan mu @ menduakan mu... Ketahui lah... Hati ini hanya ada kamu... Masa yg panjang kita, aku nilai dari masa ke semasa... Kata-kata mu blh jadi penawar keletihan mu. Wlpon kadang-kadang kata-kata mu juga menusuk hati ku. Tapi, aku cuma mampu berfikir mungkin itu cara mu.. Biar lah hati jadi peti simpanan, semoga cepat bertukar menjadi debu... Bila dibuka peti itu,ditiup angin. Biarkanlah dia hilang lah dari hati nie dgn sendiri.

Tapi, aku cuma mengharapkan. Nilai lah hatiku. Nilailah diriku. Ukurkan aku yg dulu dgn yg sekarang. Klu aku x sesuai & masih buruk seperti dulu.. Berikan lah aku pertunjuk, semoga kita blh jadi bahagia. Seperti yg kita impikan. Sebahagia cinta Laila & Majnun atauehebat cerita cinta yg kita selalu bayangkan & idamkan... Cuma, aku pon manusia. Tgk lah dalam hati ku. Tapi yang pasti, kau cinta pertama ku & kau ada tempat dihati ku...

P/s: Ikrar & janji sebelah atas yg ke-2 adalah cakap secara x rasmi selepas ikrar yg pertama dari mu. Tapi, aku x pasti sama ada dia terima & dia dengar.. Tapi itu ikrar & janji aku.. 

Sunday, July 11, 2010

Hehehe.... Nak Sambut Biar Gempak...

Hehehehe... 22 Julai nie birthday housemate aku.... Nama dia Haaziq B. Hussain... Macam biasa, aku mmg suka sambut birthday org lain... Aku dah ada plan sendiri.... Hope menjadi.... Bg aku, klu nak buat biar gempak... Biar tinggalkan kenangan... Paling kurang pon blh buat org lain tersenyum.... Hadiah aku dah pikirkan.... Kel aku dah buat lakaran.... Tgl nak cari pembuat kek... Hehehe... Macam biasa, color tema dia lbh pada warna merah.. Lebih menonjol ckt... Look more diva ckt... Hahahaha..... Lakaran aku akan upload... Jadi pada kawan-kawan dia yg x dapat sambut, hope lakaran kek 2 akn jadi perubat rasa anda... Hehehe.... After calebrate dgn family dia nnt aku upload gambar-gambar calebration 2 nnt... Hehehehe.... Tunggu ok....

Syukur..... Keturunan Ayahku Semakin Besar...

Hari nie, aku dapat anak buah yang ke berapa aku pon dh x pasti.... Hehehehehe..... Tahniah diucapkan pada kakak ku Siti Nuraini Bt Md Salleh & Zainuddin atas cahaya mata perempuan yg ke-3 hari nie... Hehehehe.... Nak perempuan lagi.... Dan mungkin tahun nie jugak aku akan menerima lagi dua anak buah dari Mohlis & Yana sekeluarga dan Siti Zalifah & Md Yazid sekeluarga... Hehehehe.... bertambah kopak lah poket aku setiap kali  Hari Raya tiba. Huhuhuhu.... Tp mmg best bnyk budak2 kecil, sb selalunya dia org paling senang dengan aku ( kalau ikutkan aku mmg x suka dengar budak nangis, tapi senang & tenang dengan budak-budak bilah dah jaga mereka) & family abg-abg serta kakak-kakak aku mst mintak tlng jagakan anak dia... Hahahaha... Tapi waktu aku lapang lah dulu....

Hehehehe.... Yang x best nya ialah, adik beradik atas aku semua nya dah ada family sendiri... So dengan secara rasminya tgl aku & dua beradik bawah aku yg msh solo... Aku dah kena push oleh Ibunda & Kakak aku pasal pasangan hidup... Dialog biasa yg akan aku selalu dengar ialah " Klu dah ada yg sesuai 2, bawak balik jerlah tunjukkan dekat emak". Kakak aku plk, " mana bakal org rumah nya, knp xda bwk & tunjuk dekat emak & bapak". Dialog ayahda aku plk, " Cari biarlah yg elok agamanya & budi perkertinya". Hehehehe......... Ayahda aku yg x bnyk cakap pasal cari jodoh pon dah keluarkan kata-kata secara tersirat... 

Hehehehe.... Wahai Mak , Ayah & adik beradik yg aku sayang... Pasal jodoh, anak muini belum sedia... Masih banyk lagi tanggungjawab yg belum diselesaikan lagi... Banyk lagi usaha untk memenuhkan cita-cita diri & org-org tertentu... Klu ada rezeki mungkin bila umor anak mu ini genap 27 tahun nnt... Hehehehe..... Jadi, mintak sabar semua...

Friday, July 2, 2010

20 Hari Lagi... Hehehe...

Huhuhuhu.... Aku rasa sempat nak tempah Kek yang aku Idam kan atas lakaran & plan aku sendiri. Hope akan terbalas kesilapan yang x patut aku lakukan sebelom ini.. All the best 4 my plan.. Harap dia akan suka.. Hehe...

Dua Malam Aku tdo Lewat..

Gara-gara bilik aku dag jadi angker seperti cerita yang sebelum nie. Dah dua malam aku tdo lewat, dah lah esk nya aku bgn awal pg.. Hehehe.... Semua nie pon gara-gara terdengar petua dari kawan-kawan yg tak tentu sahih lagi... Ada yang cerita makhluk 2 xkacau org waktu plk 5 pagi keatas & ada jgk yg cakap ikan ( tapi ikan sepat yg aku dgr, aku pulak bela ikan laga. Abu plk percaya ikan laga blh guna jugak. Huhuhu...) blh tlng jauhkan makhluk 2 dari kita klu bela dalam rumah.

Malam nie aku x dpt tdo lg.. Bertemankan Astro dgn channel AFC 703 & laptop kesayangan ku. Aku layan jerk apa yg boleh smpi terpejam x sedarkan diri mcm malam yg sebelumnya.. Last2 tdo dkt ruang tamu jerk.. Aku x blh tdo bkn sb e2 jerk. Tapi jauh terpikir lepas 10hb Julai nnt. Dok rumah sorg dah... Eeerrrrrr.... Jerul, kau pon 1. Yg ko p msj aku & cakap benda 2 jengah dkt tingkap buat apa. Dah takut aku nak tgk tingkap malam2 gini... Waaaaaaaaa........

Thursday, July 1, 2010

21 Hari Lagi...

Hehehehe.... Tgl e2 jerk tempoh yang aku ada untk buat persiapan. Hope apa yang aku rancangkan akan membuahkan 1 memori indah & manis bagi dirinya... Hehehehe.... Tgu & siap sedia yerk... Hahahahaha....

Aku Juara Lagi....???

Hehehehe... Kali nie bukan "Hammer Game". Sempena persaraan awal rakan sejawatan aku, Ahmad Saufi Bin Yusop buat kali ke-2 ( sebelum nie dah berhenti sekali tapi masuk kerja balik atas sebab-sebab tertentu... Hehehe...). Majikan aku buat sedikit majlis perpisahan untuk meraikan & sebagai tanda penghargaan atas jasa serta usaha dia atas syarikat. Tapi bukan majlis makan-makan yg dia buat. Majlis keramaian yang dia buat ialah "Tournament Bowling" antara staff... Hehehehe.... Sebenarnya, majikan aku nie ada niat yang tersembunyi (Dia mmg suka main bowling & macam biasa niat dia nak kalah kan aku.. Hehehehe....). Sukanya aku klu p main bowling.. Tapi atas alasan-alasan yang tertentu, x ramai staff yang follow. Ada yang follow pon blh last-last minit tukar game lain. P main dkt sebelah lane bowling 2 (Klu dia terbaca, maaf lah yerk.. Hehehe...).

So, sepatutnya 8 orang yang main. Tinggal 7 orang saja & sebab dah bayar untk 8 orang. Jadi, kita orang bedal saja lah... Huhuhuhu.... Team aku terdiri daripada: Aku, Khalidah( Megi Kembang/Permaisuri Roti), Saufi ( Abg Megi Kembang) & Rahimi Kechik. Team lawan terdiri daripada: Mr.David Lee(Majikan Kita Org), Mrs.Vivian Saw( Majikan Ke-2), Syamil(Orang Yg Tarik Diri Last2 Minit), Izuandy Ahmad(Raja Makan/Raja Roti). Hehehehe.... 1st game kita orang mendahului & menamatkan game dgn kelebihan mata 50.. Tapi Bos kita org dapat point paling tinggi antara semua dgn 149 mata di ikuti aku, 145 mata...

Second game dimulakan group lawan aku dgn harapan menggunung nak collect lbh 50 mata atas kekalahan sebelumnya.. Hehehehe.... Tapi harapan trs tinggal harapan, group aku mmg cemerlang.. Kali nie kita orng tinggal kan dia org lbh dari 50 mata lagi.. Dan yang seronok, point tertinggi aku kena kongsi dgn Bos aku, sb 2nd game aku sama dgn poin 1st game dia.. Tapi keseluruhan game, team aku mmg best & cemerlang walaupon kehadiran org baru ( Khalidah). Aku pulak dapat markah keseluruhan paling tinggi dgn purata 147, ke-2 Bos aku dgn 132 mata & yang ke-3 Rahimi Kechik dgn mata keseluruhan 128 mata.

Terima kasih diucapkan pada Majikan kami atas majilis ini. Tahniah pada aku sb aku menang lagi & tahniah pada Rahimi Kechik sb naik carta secara mendadak tempat ke-3 ( x sia-sia aku ajar ko main walaupon aku x bertauliah.. Hehehehe...). Dan x dilupa pada Ahmad Saufi, semoga terus succes & jangan ulang lagi macam dulu. Dan pada yang lain, thanks sebab menjayakan majilis ini...

Peringatan pada Ejam sama Jerul.. Sedia kau berdua.. Hehehehe... Sebelum nie, kira aku bg muka jerk.. Banyak kan berlatih, sebab lepas nie akan lebih hebat tentangan nya. Tak ada belas kasihan K. Hehe.. Aku juara lagi... Yeeepiiii...................

Aku Hanya Perlu Dihargai, Bukan Perlukan Penghargaan.

     Huhuhu.... Hati kecil nie selalu terdetik. Mcm mn keadaan dia..?? Aku rindu dia, dia rindu aku kah..?? Adakah apa yg aku berikan cukup..? Apakah ada benda yang salah aku dah buat...? Mcm mana aku dkt hati dia...? Dan banyak lagi. Kata orang, cinta & kasih sayang 2 memerlukan kepercayaan & memerlukan perhubungan dua hala. Baru rasanya akan lebih seronok... Itu dari cakap mulut orang lah.. Hehehe... Klu dia baca blog ini 1 hari nnt, aku cuma nak dia tau. Aku mmg sayang dia, kepercayaan aku mmg aku bagi sepenuhnya. Aku cuba bagi yang terbaik dari yang terbaik aku boleh hasilkan. Cuba membaiki apa yg tak baik & terus cuba memahami maksud cinta dalam hati dia serta bagaimana cinta yang sepatutnya. Tapi mungkin sifat cemburu aku yang kuat ini,yang buat dia rasa aku x percayakan dirinya.Tapi, apa yang aku minta dkt dia cuma 1 & harap dia akan mengerti. Aku pon manusia, mempunyai mata, hati & perasaan. Semuanya berkaitan & saling berhubung.. Sb itulah rasa cemburu itu timbul.
     Aku tak akan pukul & sentak dia dgn macam-macam ugutan. Aku mmg xpandai mengugut dia, sb aku syg dia. Harap dia jugak akan menerima aku. Hargailah aku klu aku msh dihati mu. Tapi, aku cuma akan reda klu dia menolak aku bila org baru itu betul-betul blh menjaganya. Buat masa nie, biarlah aku yg menjaga diri mu itu..Semua 2 dalam proses pemahaman bagi diri aku, memahani dgn lebih dalam dirimu. Aku tak letih dgn diri dia. Aku blom bosan dgn perangai dia.. Wlpon kerjaya kita x sama... Walaupon usia membezakan kita... Walau apa pun... Aku cuma nak kau menghargai diri ku. Bukan penghargaan yang aku mau kan... MISS U so MUCH.....

Bilik Aku Angker..????

     Apa... Bilik aku berhantu... Errghhhh..... Perkara yang aku takut kan & memang x berharap jumpa @ terserempak dgn mereka secara langsung... Hehehe.... Aku pon baru jerk tau crt nie...  Kes nya pada hari Ahad, bersamaan 27hb June 2010.. Sebenarnya malam 2, aku p hantar Arejik ( my housemate) balik ke Ampang, bilik sewa sementaranya dkt sana untuk praktikal musim nie.. Malam 2 lepas hantar Arejik ke sana, aku terus bergegas balik sb Lens Mata aku dah nak kena tukar & aku x bwk spare part... Huhuhu... Smpi jerk rumah, aku msk mcm biasa. Lepasi  sistem security rumah aku 1 per 1. Dah masuk rumah, nampak Abu ( bukan nama sebenarnya & dia adalah housemate sementara untk praktikal di Shah Alam) terpinga-pinga depan bilik aku sambil pengang sekeping duit kertas RM5.. Aku tgr dia, " Kenapa Abu..???". Dia toleh sambil terpaku kaku tanpa suara... Sekali lagi aku bersuara & tny kenapa sambil bergerak ke arah pintu bilik aku..
     Akhirnya Abu bersuara dgn keadaan muka yg masih ketara pucatnya.. " Bukan apa Din, tadi aku ada dengar bunyi barang jatuh dari bilik ko. Kuat 2 bunyinya. Lepas 2 aku trs buka pintu bilik ko. Tiba-tiba, duit RM5 nie terbang tepat kearah muka aku. Aku cuba cari dkt bilik ko, dgn bilik yg lain. Mana tau ada barang yg jatuh.. Tapi Semua tak ada.. Tiba-tiba ko muncul belakang aku. Sb itu tadi ko tny yg 1st aku x jawab. Mana tau benda lain". Itu antara ayat-ayat yang keluar dari mulut Abu sebelum aku sambung bercerita dgn dia dalam keadaan bergurau walaupon hati aku mula x sedap... Dah lah tdo sorang, roommate  plk praktikal smpi bulan 11 nie... Mati lah aku, sb start 11hb Julai nie aku mula dok rumah sorang.. Housemate sementara aku dah p sambung study.. Waaaa.... Takutnya aku dok rumah sorang-sorang.. Ya Allah, jauhkan lah hamba mu ini dari gangguan mahluk mu yg 1 lagi 2... Sesungguhnya hati ini kecil sngt kecil wlpon aku lbh takut pada mu Ya Allah... Hope xda lah & benda 2 secara kebetulan & harap bunyi 2 sebenarnya dari rumah lain... Waaaaaaaaa....... Aku masih takut.....

Tuesday, June 29, 2010

24 Hari Lagi...

Hehehe.... Tarikh bermakna yang aku x lupa. Aku xnak jadi yang macam sebelum nya... Tahun nie, aku btl2 nak sambut sama dia.... Hope xda "Belated Birthday".. Aku harap kali nie xda masalah lain akan timbul & xda perkara yg akan jadi penghalang... 24 hari saja lagi....

Cerita Di Sunway Lagoon

Arghhh... Aku kena SunBurn.... Hehehehe.... Aku yg dh kulit gelap nie pon blh kena SunBurn.....????? Hehe... Tapi e2 mmg kenyataan... Habis muka aku smpi ke paras leher berubah warna menjadi tambah gelap... Waaaaaaa.... Ramai kawan-kawan tempat kerja & regular customer cakap & tegur... Tapi xpa lor, kulit jerk terbakar & gelap sementara... Yang penting HATI aku happy dapat enjy dgn kawan-kawan aku.... Ajar org berenang ( bagus Arejik, ada kemajuaan dari yg sebelum-sebelum nie)  & p sakat org yg x tau berengang.. Hehehe... Sori Amy, tapi mmg best sakat ko.. Lepas puas main air & membakar kulit muka kita org dari pkl 11.00 pagi smpi pkl 3.00 petang.  Kita org klr dari tempat berendam... Apa lagi, p main "Papan Selaju Air".. P/s: Sebenarnya aku x ingat nama game air 2.. Jadi aku bagi nama sendiri, harap maaf... Hehehe.... Arejik cakap, hari yg kita org p 2 x ramai sngt mcm hari yang dia p dgn adik-adik dia sebeleum nia... Fuhhhh.... Ok lah klu mcm 2. Sb bg aku, hari 2 pon blh dianggap ramai jugak... So kitaotng kena beratuh & tgu Que...

Tapi aku benci Pak Arab & Mak Arab... Dia org mmg suka buat ikt hati dia jerk... Nak potong barisan lah, nak langgar peraturan lah... Langgar guna keretapi Rooler Coster 2 baru tau... Hehehe... Entah lah... Mungkin dh sifat dia org mcm 2... Tapi, korang mmg suka melambat-lamabat kan keadaan & proses.. So, aku x suka korang & aku xnk cerita panjang pasal korang... Heheh.... Cerita pasal Rooler Coster, ada sorg 2 dah bnyk kali & bnyk tempat masih menggeletar bila trn dari game nie.. Sapa...??? Aku xnk bg tau... Sori yerk... Cuba lah teka sndri... tak ramai pon kita org, cuma 6 org ( Aku, Arejik, Abu, Wan Amy, Amy & Israihan).. Tapi mmg enjy dia punya Rooler Coster... Dah lah lock dia x rapat sngt... Memang blh menggugat nyawa bagi yg betul2 lemah jantung... P/s: Lg satu pesanan... Bagi sesiapa yg ada lemah jantung atau wujud simptom2 lemah jantung, sayangi lah nyawa anda.. jgn lah main benda nie...

Cakap pasal lemah jantung, teringat aku pada game "Pirate Revange". Huhuhuhhu...... Game nie mmg...... xtau mcm mn aku nak level kn perasaan takut aku (sebab takut nya rasa, game nie jerk yg aku ingat nama nya dgn betul)... Tapi apa pun, aku dah merasai nya buat kali ke-2... 1st time waktu umor 9 tahun... Join family kakak aku, waktu abg ipar aku nak ambik hati kakak aku... 2nd time, waktu nie... Umo dh msk 24... Hehehe.... lama kan...

Mmg banyk beza Sunway Lagoon sekarang banding waktu dulu... Banyk penambahan & baik pulih yg dah dibuat... Hehehe... Mmg x kecewa rasanya habis kn 1 hari dekat cna.... Hope lepas nie, akan terus maju & bertambah baik pengurusannya serta kemudahan yang diberikan... Apa pon, dkt cnie nak ucap kan terima kasih Angah & kawan baik nya yang telah membenar kan mengunakan nama mereka untuk mendapatkan Discount harga tiket.... Kehh... Kehhh... Kehhhh... Tak lupa jugak pada Arejik yang tlng menjadi perantara kepada Angah & Aku serta Mak Cik Roha yg telah membenar kan Arejik join sama p enjoy sakan... Hehehe... Pada kawan-kawan lain seperti Abu, Wan Amy, Amy & Israihan... Thanks 2 u all sb dah menambah kn kemeriahan cuti aku & menjadikan memori kita berenam untuk selama nya sebagai memori indah..

P/s: Pada pembaca & semua follower, gambar aku blm dapat upload... Sebab gambar-gambar 2 blom sampai ke tangan aku... Aku akan upload secepat yg mungkin untk tatapan rohani semua... Hehehehe...

Aku nak Cerita Lagi....

Hahaha..... Dah dua hari jugak aku cuti dari tulis blog.... Huhuhuhu.... Sepatutnya dah langar janji diri sendiri... Jadi aku nak tulis cerita yg berlaku dalam dua hari nie.... Hehehehe.... Hope yg baca x akan mati atau pengsan kebosanan..

Hehehehe.....

Sori pada rakan-rakan semua.... Mst pelik kn, ada ker title aku gelak jerk.... Hehehe... Klu perasan, dalam blog aku nie stp kali post mst x tinggal gelak aku 2.... Tak kira lah " hehehehe...", "huhuhuhu....", " hahahaha...." atau pon "keh... Kehhh.. KeHhhh....". Bukan dalam blog jerk... Pada rakan2 aku pon, klu perasan & biasa serta knl diri aku mst dia akan nampak 2 semua dalam msj dia org.. Hahaha.... Aku xtau nak cakap mcm mn, cuma apa yg aku blh cakap. Aku suka happy sebenarnya, sangat suka. Walaupon perwatakan ku serius & buat org lain rasa was-was nak tegur... tapi aku suka senyum dalam hati... Ada lg 1 kebenaran lain sebenarnya. Sebenarnya aku nie x pandai buat mcm mn yg org cakap senyuman yg manis.... Jadi aku luah kan dalam bentuk tulisan @ mesej. Jadi biar lah mcm mn org yg menerima 2 gambar kan.... Dan kemungkinan dari sebab e2 jugak, aku lbh pandai @ petah bermesej dari berkata-kata dari mulut... Hahahaha.....

Friday, June 25, 2010

Sunway Lagoon Lagi... Hehehe...

Hari nie xda apa yang menarik sangat... Hehehe.... Cuma nak bagi tau, esk aku & kawan-kawan aku akan p Sunway Lagoon.. Klu aku Buat kali ke-3 loh... Yang p maybe dalam 6 ke 8 orang jerk... Hehehe... Aku gian nak main Memanah dkt cna.... Tp xtau lah yg lain nak main atau x.... Hahahaha..... All Park, tgu aku & kawan-kawan aku.. Hehehe.... Tapi yang pasti 2, aku paling suka main air... Aku nak main air puas-puas.. Nak kenang memori wkt dkt kampung, jadi Raja Tali Air... Hehehe.... Berkubang macam kerbau... Keh... Kehh.... Kehhhhh....

Yang pasti terlibat esk:
** Aku, Arjik, Amy Kechick, Abu, Wan Amy & Israihan**

Senarai tgu keputusan:
** Chick Remy & Ajim **

Hope all the best & semua orang akan enjoy... Jom kawan-kawan... Klu esk malam x kepenatan, aku akan muat turun gambar dkt cna k... Bye.... Miss to enjy with u all, Jerul & Ejam...

Maafkan AKU....

Rasa bersalahnya aku hari nie.... Kesnya simple & ringkas.... Aku terlepas geram & tertinggikan suara pada dia... Huhuhu.... Sori Vivian Saw selaku Lady Bos kedai aku.... Ceritanya, aku nie senang sngt serabut klu Vendor hantar barang banyak-banyak... Serentak dgn Vendor lain plk 2.... Nak plk cstmr serbu secara serentak & barang x tersusun... Dapat plk soalan yang bukan2 & x msk akal.... Lagi panas & serabut kepala aku. Kesnya timbul bila nak hantar printer yang nak buat service & dah disahkan oleh pakar (pakar 2 aku lah... Heheheh...) untk dihantar... Degan hati yang x senang, dia( Lady Bos) datang dgn suara yg aku rasa dia dalam kaeadaan marah jugak kot. P cakap depan cstmr yg ramai mcm kita org nie xtau buat kerja.. Tiba-tiba aku bersuara dgn suara lg tinggi dari dia... Hehehe... Semua staff tergamam & senyap jerk tgk aku. Mgkn dia pon panas hati, tinggal kan terus ke tempat laptop... Dengan rasa bersalah & panas hati lagi.. Aku sambung membebel sambil didengar oleh staff aku... Hehehe..... Maaf yg tersangt2 dgt Lady Bos, xdpt control sngt2... Nak mintak maaf plk dekat staff2 aku yang mmg aku anggp kwn2 aku kerana terpaksa dengar aku membebel lepas 2...... Sori deh... Lagi 1 maaf dkt Arejik, sb selama nie dia yg selalu hidu aku ada problem.... Dgn dia mmg aku x blh sorok muka masalah aku ( aku mmg  x pandai sorok pon)... Wlpn aku x rajin ceritakan semua problem, tp dia ttp rajin tenangkan aku.. dah jadi macam pakar therapy plk... Hehehe.... Thanks Arejik... Jasa & uasaha mu akan trs ku kenang... Tapi, kes petang tadi mmg aku nak mintk maaf pada semua yg terlibat.... SORRIIIIIIII SANGAT.........

P/s: Tapi, apa-apa pon kesian dgn Kechik sb kena TEPEK 3 kali... Sian ko Chik... tapi terima jer lah yerk.... Hehehe....

Thursday, June 24, 2010

11 January-Gigi

Aku suka lagu 11 January yang Gigi nyanyikan... Knp...??? Jap lagi kita sambung k... Hehehe... Tgu...

11 Januari

Sebelas Januari bertemu,
Mwnjalani kisah cinta ini,
Naluri berkata,
Engkaulah, milik ku,

Bahagia selalu dimiliki,
Bertahun menjalani bersama mu,
Kunyatakan bahawa,
Engkaulah, jiwa ku,

# **
Akulah penjaga mu,
Akulah pelindung mu,
Akulah pendamping mu,
Di setiap langkah-langkah mu,

Pernah ku menyakiti hati mu,
Pernah kau melupakan janji ini,
Semua karena kita ini, manusia,

#

**
Kau bawa diri ku, ke dalam hidup mu,
Kau basuh diri ku, dengan rasa sayang,
Senyum mu juga sedih mu, adalah hidup ku,
Kau sentuh cinta ku,
dengan lembut....
Dengan sejuta warna..

Hoo... Hooo...

**

Hehehe.... Best Gigi nyanyi lagu nie... 11 Januari ada dua perkara yang membentuk diri ku...
1st-tarikh kelahiran ku & Dato Siti Nurhaliza
2nd-tarikh aku declare & terima hadiah yg masih aku cuba jaga yg sebaik2 nya smpi ke hari ini..

Hehehehe.... Hari yg sangat bermakana...

OOOoo... Baru 11.44

Hehehe.... Hari ini dalam sejarah hidup aku... Ini adalah kisah yg x pernah terjadi lagi sblm2 nie... Lepas terlena n terlelap macam org mati semalam, aku bangun dengan rasa x bersalah & tengok jam kt handphone kesayangan aku... Oooo... Baru 11.44pg... Dengan perasaan x sedarkan diri aku masih tenang n p hntr msj dkt org tersayang aku... " Gud morning sayang..". Pas hantar jerk, otak lagging sekejap... Tgk balik jam... OMG... 11.48pg... Aku dah terlajak tdo lor.... Dgn cpt aku hantar msj dgn syg aku.. "Dd nak p mandi dulu, dah terlajak tdo". Langkah ke-2, hantar msj dkt Lady Bos, " V, i msk sblm pkl 12.30... " Hehehe.... Sori yerk V... I dah byr balik dgn belanja DOMINO.. Hope cukup...Tp, yang bestnya hari nie br aku rasa mcm mn TiDO MATi yang org cakap kan 2... Tapi mmg nikmat rasa nya... Sejarah baru dah tercoret lagi dalam diari hidup aku... Hahahaha.....

Wednesday, June 23, 2010

Hammer Game

 
Pernah dengar "Hammer Streanght Test Game". Huhuhu... Game nie selalu blh dapat dekat karnival-karnival mcm Circus Fair. Tapi banyak dkt luar negara lor.. Malaysia punya cuma Fun Fair jerk... Hehehe... Hari nie aku merasa main game 2..

Asalnya, niat 5 org jejaka nie (Aku, Saufi, Kechik, Syamil & Buaya ANZ) nak p melalak dkt K-Box. Ingat blh lah layan dalam 10 ke 15 lagu sebelum balik.. Nak Hilangkan stress lah konon. Tapi hampa, sebab malam nie K-Box 2 nak tutup awal plk... Huhuhu... Buntu gila kita orang sb xtau nak buat apa... Sembang sambil mengumpat yang bukan-bukan tentang K-Box situ. Kita org ternampak plk benda alah tu. Hehehe... Apa lagi, HSTG 2 lah... Mula-mula ada yg x mau main...( Huhuhu.... Sape lah yg xmau main 2 yerk).. Atas desakan & ugutan, semua setuju main... Hehehe.... Game nie main senang jerk.. 1st kena p dapatkan token, 2nd kita masukkan token dkt tempat sepatutnya. Then, mesin 2 akan bg kita dua kali peluang untuk bantai dia guna penukul yang dah disediakan.... Hehehehehe..... Sorang pegang dua token...

Masing-masing tgu turn nak tunjukkan sape paling power antara 5 org 2... Token pertama Syamil paling tinggi dgn point 795 level 12 & aku ke-2 dgn point 785 level 11 ( waktu 2 aku guna sebelah tangan jerk), yang lain2 tue x pyh lah yerk... Hehehe... Sori kawan-kawan.. Last token jadi penentu semua.. Huhuhu...
Mula dgn Syamil yg dpt 1st antar kita org semua di ikuti aku & yang lain-lain... Jeng.. Jengg... Jennggggg... Aku pecah kan rekod mesin 2 dgn point 825 level 19.. Huhhuhuhu.... Best giler... Teruja campur terharu (biasa lah, baru 1st time main)..

Award Paling Kuat Tibai.
Tahniah kepada aku atas kejayaan tibai mesin tue paling kuat..

Walaupon sekejap jerk main benda alah 2... Tapi mmg best, rasa kecewa x dpt p karaoke terubat dgn belasah mesin 2. Hehehe... Elok jugak benda 2 ada.. jadi pada sapa2 yg stress, blh datang ke Pusat Permainan Alam Sentral, Level 3. Staff-staff ITGS amat-amat digalakkan... Hehehe... Macam 2 lah cerita penutup hari aku sebelum aku terus balik ke rumah... Hehehe.... Mula dgn hari yang ceria, habis kan hari dgn hati yang gembira...  Kira mcm 2 lah.... So hari nie sangat bermakna & akan diingati.. Hehehe.... Thanks pada Saufi, Syamil, Kechik & Buaya ANZ.. Nnt ada peluang kita lawan lagi k... 
                                                                                                                                                 ('.~)

ITGS Di Hati

Hehehe.... Malam nie nak cerita tentang tempat kerja aku sikit @ lebih tepat, tempat periuk nasi aku & org kesayangan aku... IT Gadgest Store @ sigkatannya ITGS. Beralamat:


Lot 3-20, Tingkat 3, Plaza Alam Sentral, Jalan Majlis 10/14, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor..


Banyak cerita disebalik kejayaan aku, dan banyak perkara yg aku kena hadapi... Start kerja cna tarikh 01 Januari 2007. Huhuhu... Baru msk tahun baru. Bermula dgn Pembantu Jurujual, hari-hari ku penuh dgn macam-macam dugaan. Cerita paling best masa 11 Januari, hari ke-11 aku patut berkerja & hari ulang tahun kelahiran ku yg ke-22 bersamaan hari Jumaat... Aku terpaksa ambil emergency MC sb kemalangan masa nak pergi kerja... Hehehe... Teruk jugak lor, sebab motor yg aku bwk 2 sempat terbalik & himpap aku.. Aku xdpt p kerja, & xtau jugak mcm mn nak inform dia. Dia yg aku maksudkan ialah Lucas Kong, supervisor aku... Hehehehe....


Lepas p klinik berdekatan, dapat lah jugak 3 jahitan dkt kaki kanan & kuku kaki yg hancur kena cabut & buang... Sedih, tapi bkn pasal kuku kaki & jahitan tu. Sedih sebab aku dah rosakkan sebijik motor kwn aku yang aku pinjam untk p kerja.. Maaf yerk Nuex... Hehehe... So, birthday aku dapat cuti dari MC dgn hadiah berdarah... Settel dgn cuci luka & jahitan dikaki, aku dapat MC untk 11hb & 12hb.. Masuk 13hb aku gigih & semangat p kerja... Semua org (Bos, Lady Bos, Lucas, Staff) terkejut tgk aku kerja dtg dalam keadaan mcm 2... Hehehe... Termsk customer sndiri... Jalan berjengket-jengket angkat printer, smpi customer sndiri nak tlng angkt... Mmg sweet memori bg aku... Jadi, aku x rasa sia-sia kerja...

Masa tgu bos datang bawak kunci buka kedai..

Best memori:
Kiri: U'are, Nana, Chap, Aku, Ekhwan Naqiuddin, Joel, Awin, Epul, Angah
Depan: Mr. David Lee, Amy Kechik, Vivian Saw

Shah dalam keadaan demam masa buat IT Fair dkt dewan Annex UiTM
Shah Alam

Hehehe... Wan Metro yang tgh buat-buat rajin masa nak snap pic.
Sekarang kerja sbg photoshot dkt NSTP

Bunga ITGS:
Nana ( rebutan jejaka x kira staff @ costumer) & U'are (ganas tapi baik)

The Best Lawaking ITGS:
Jabbar & Me

Paan, Aku & Idah ( Bunga baru ITGS)

Saufi, Aku, Idah & U'are


Itu antara sedikit cerita & memori masa aku mula kerja... Smpi lah aku naik dari satu level ke satu level yang lain.. Aku belajar dari masa untuk menambah pengalaman.. Huhuhu... Smpi ke hari nie, dah msk tahun ke-3 aku kerja dgn company nie... Staff sentiasa bertukar, ada yang keluar pasti ada yang pengganti... Tak kira masanya lama @ baru... Mcm2 lah memori yang kita org bina ms bekerja..

Maaf kepada staff yg xda gambar dalam nie... Huhuhu... Banyak gambar yg dah hilang sama ada punca tukar handphone, delete sb virus, format or macam-macam lagi alasan.. Hehehe... Sini aku senaraikan antara nama staff yang aku msh blh ingat:

Dalam Kenangan:
Majihi, Dodo, Rois, Eno, Hafiz, Mamat, Riez, Adip, Wan Acap, Ijax, Aiman Haris, Mohd Hazrin, Acik, Lucas Kong, Mr.Fu, Syafiq, Mohd Aliff, Jalal & Mizan

Still Bekerja:
Faizol, Harith, Syamil, Shamim, Izuwandy & Faizal

Dalam Latihan Praktikal:
Boy & Zaimy

My Backup Staff:
Wan Cydal & Arejik

Hehehe.... Masuk jugak housemate aku jadi backup staff.. Ok lah. Atas 2 semua antara yang aku blh senaraikan.. Maaf Klu ada staff yang aku terlupa namanya.
Thanks to you all... Amat-amat dihargai.

Senyum Sepanjang Hari...????

Hehehehe.... Doa ku termakbul, hari nie mula dgn hati yg ceria. Org yg ku tunggu semalaman, dah timbul... Lg best, dia trs call aku... Hehehe..... Mmg bagus ada teknologi canggih macam handphone nie.. Umpama yg jauh didekatkan.. Hehehe...


Rupanya dia tertido keletihan dalam kekenyangan sb seharian berkerja... Kesian dia, maaf lah. Dd jauh di sini... Hope dia akan trs sihat2 sahaja... Tapi hari ku mmg ceria bermula dgn sms & panggilan dari dia... Hehehe...


Klu lah tiap2 hari mcm nie.. Mesti seronok & bersemangat aku tiap2 pagi... Hehehehe... Tak habis-habis aku gelak sinis... Huhuhu... Tapi xpa lah kan... Dah happy. Mcm 2 lah.. Senyum macam kerang busuk org2 tua cakap... Macam angau jerk...
Apa2 thanks sangat2 pada dia yg buat hari ku mula dgn perasaan dan hati yg ceria...

Tuesday, June 22, 2010

Your Messages Is My Heart

Malam nie jadi malam yang masih sunyi lagi... Walaupon org ramai sebuk dgn World Cup... Aku Cuma sibuk dgn diri sendiri.. Berdepan dgn laptop & jari x hbs2 taip e2 ini. Aku rindu dkt dia, aku x dpt lelapkan mata.. Mugkin klu aku terima msj dari dia, mungkin jugak dah terlelap dari td... Semua msj dia umpama hati aku.
Tanpa msj dia, umpama ada yg tak lengkap dalam diri... Aku xtau nak crt dgn dia mcm mn.. Aku cuma mampu menunggu.. Aku xnk ganggu ruang untk dia, sb aku xmau dia rs aku terkongkong.. Harap malam esk berubah dari malam nie..

Hehehe.... Tapi bila aku bc apa yg aku taip td, tergelak bercampur sedih jadi nya... Mcm mn 2... Pelik tp mmg benar.... Sebab nya, pada aku Capricorn dr segi Pandangan Fizikal adalah seorng yg serius & nampak tegas... Huhu.. Tp mmg dah bergelar manusia.. Bila hati dah diletakkan seseorang, serius & tegas mcm mn pon ttp ada Taman Di Hati.. Cuma Sedih nya, mcm mana aku nak smpikan... Aku nampak bodoh & aku rs jd begitu membosan kan dia bila dia depan mata @ pon dlm talian... Huhuhu.... Aku mmg happy klu terima msj dia wlpon hanya perkataan " Nite", " K" atau apa2 lg bila berjauhan... Bermakna & dihargai... Memang sesungguhnya msj dia hati aku... Apa pon, all the best for u & harap sentiasa sihat & happy disana..

Monday, June 21, 2010

Hanya Kau Yang Tahu

**
Cintaku Hanyalah Untukmu Oh Kasih
Rindumu Memberi Sinaran Hidupku
Bersama Burung-Burung Yang Keriangan
Indahnya Tak Terkira

***
Hulurkan Tangan Mu Dengan Kasih Sayang
Semoga Kita Akan Bebas Di Awangan
Bersama Mahligai Yang Telah Terbina
Akanku Laungkan Namamu

Hanyalah Dirimu Yang Ku Rindu
Demi Kau Dan Aku
Ku Rela Mempertahankannya

Cintaku Kepadamu
Akan Kekal Selamanya
Takkan Mungkin Dipisahkan Oleh Sesiapa

Kasihku Untukmu
Takkan Mungkin Ada Penghujungnya
Begitulah Teguhnya Cintaku Padamu

ulang***

ulang**

Father Day


20hb Jun, sambutan hari bapa yg dianggap secara rasmi oleh dunia termasuk rakyat malaysia.. Huhuhu.... Xtau dah terlambat atau pon belum... Tp aku nak sambut Hari Bapa tiap2 hari.. Sb aku syng ayah aku... Kerana dia jugak aku blh hidup dekat dunia nie...

Ayah.... Dkt cnie, anak ayah nak mengucapkan Selamat Hari Bapa Sempena 20hb Jun yang dah lepas semalam. Buat pengetahuan ayah, anak ayah nie sentiasa syg & bersyukur dapat seorang ayah yang sentiasa peka dgn anak2 nya.. Dapat berbincang ketika ada masalah, kuat berusaha ketika anak mu ini perlukan sesuatu.. Wlpn hidup klrga kita x sesenang org yg kaya.. Anak ayah nie rs bersyukur & bangga melihat ketekunan ayah yg x pernah membiarkan anak2 & keluarga kelaparan.. Cuba menyelami hati anak2, dan cuba beri yg sebaiknya termasuk ilmu & pengalaman..

Anak ayah disini sentiasa merindui mu... Merindui memori kecil, mcm jadi org yg bertanggung jawab & mcm mn nak menghargai duit.. Semua yg ayah ajar & didik anak ayah nie, akan ku sampaikan pada waris2 ayah yg baru klu ada rezekinya nnt... Semoga ayah yg menjadi role model anak mu sendiri ini, akan berubah diri menjadi role model kepada cucu2 ayah pula nnt.. Saya sayang ayah... Terima kasih ayah... Jasa mu sentiasa dalam memori ku & memori ku akan ku sematkan dalam Hati ku selamanya...

Terima Kasih buat,
Mohd Salleh B. Saluki @ Samsuri

**Soul Of Capricorn**


Capricorn ( 26Dec - 19Jan ): Bintang zodiak berlambang kambing hutan.. Dikatakan mempunyai sifat yg kuat berusaha, tabah, bertanggung jawab, seorang yang cermat, setia , teliti, kreatif serta agresif. Selain itu, Capricorn jugak mempunyai sifat yang senang ragu-ragu, terlampau merendah diri, pemalu , kuat memendam perasaan & kurang pandai bergaul.

Hehehe.... Itu pengenalan pada Capricorn Si Kambing Hutan... Bagi aku, sifat negative Capricorn itu adalah biasa bagi semua kehidupan... Sebab, kita semua makhluk tuhan & tak ada yg sempurna. Terpulang pada diri macam mn kita nak membaiki kelemahan diri. Klu orang cakap sukar, perkara 2 mmg biasa. Xda benda yang secara mudah kita blh dapat tanpa usaha. Lagi 1, bukan takdir yg kita perlu letakkan dekat tangga pertama carta berbandingkan usaha....

Soul Of Capricorn melambang kan sifat & jati diri dalam diri aku... Aku suka sifat dia wlpn ramalan ini bukan tepat 100%. Tapi aku percaya, kerana ramalan ini dibuat atas kajian secara berterusan & secara rawak dalam 1 kelompok yg berbeza2. Tapi, jangan jadikan dia sebagai asa & teras. Tapi sebagai nilai positif pada diri... Jadi, Capricorn adalah jiwa aku... Sebab 2 aku terbitkan blog atas nama "Soul Of Capricorn".

Langkah Pertama

1st yang akan aku post, dah tentu tentang rasa seronoknya hati aku bila blog aku sndiri dah terhasil.. Kalau ikut kan perancangan, mmg dah lama nak buat blog nie... Sebabnya, mcm2 perkara yang aku nak kongsikan sama-sama sambil tgk respon & bertukar2 cerita.... Aku harap akan ramai org & rakan yg sentiasa blh mendorong, memberi cadangan @ bertukar pengalaman & pendapat dgn aku... Hehehe.... Ok lah.... Malam pon dah semangkin lewat ke pagi.. Esk hari klu xda apa yg menghalang, aku akan post kan ape yang aku maksud kan dgn " Soul Of Capricorn" & kenapa aku pilih 2.... Hope all the best for me....